Posted on Julai 14, 2009 by islamharini
Oleh: Syeikh Salman al-Oadah
Artikel asal: FIQH – The Proper Understanding
Keupayaan untuk berfikir dan memahami adalah salah satu daripada nikmat terbesar kurniaan Allah kepada manusia. Apabila seseorang mempunyai pemahaman yang wajar beserta dengan tujuan yang benar dan mulia, dia pasti akan mendapat petunjuk dan berada di jalan yang lurus. Sebab itulah kita memohon kepada Allah di [...]
Difailkan dalam: Artikel Syeikh Salman al-Oadah | Leave a Comment »
Posted on Mac 6, 2008 by islamharini
Sheikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’di pernah dengan kerap mengadakan kelas berkenaan dengan Undang-undang Islam. Di dalam sebahagian kelasnya, beliau akan membahagikan kelas kepada dua bahagian dan mengarahkan satu bahagian untuk memberi pandangan ilmiah tentang satu perkara berkenaan undang-undang Islam. Kemudian beliau mengarahkan sebahagian yang lain untuk membantah pandangan tersebut dengan pandangan yg ilmiah juga. Kemudian, beliau akan menyatukan kedua-dua kumpulan tadi dan menyuruh mereka berbincang tentang perkara tersebut. Dengan cara ini, beliau telah melatih para pelajarnya bagaimana untuk terlibat di dalam perbincangan secara objektif dan bagaimana untuk menghormati pendapat-pendapat orang lain. Beliau hendak memberikan para pelajarnya alat untuk dialog yang membina. Beliau menulis sebuah buku merakamkan pengalaman-pengalaman ini bertajuk; “Debat di dalam Perundangan Islam”.
Hari ini, terdapat keperluan yang mendesak untuk mengajar manusia berkenaan dengan etika dan adab di dalam perdebatan. Perkara pertama dan paling penting, adab-adab tersebut adalah gambaran kepada nilai-nilai seseorang itu.
Difailkan dalam: Artikel Syeikh Salman al-Oadah, Blogroll | Tagged: Dialog | Leave a Comment »
Posted on Januari 29, 2008 by islamharini
Saya telah memerhatikan bahawa kerapkali apabila seseorang itu telah berpuashati dengan pendapatnya sendiri dan meyakini bahawa pandangannya adalah benar, dia menyatakannya kepada orang lain seolah-olah pendapatnya itu adalah pandangan awam dan bukannya semata-mata pandangan peribadinya. Sikap ini adalah sikap yang salah.
Pertama sekali, bukan semua perkara yang dipersetujui oleh kebanyakan orang pada satu-satu masa dan tempat [...]
Difailkan dalam: Artikel Syeikh Salman al-Oadah | Leave a Comment »
Posted on September 20, 2007 by islamharini
Artikel asal: FOR THE SAKE OF CALLING TO ISLAM
Oleh: Syiekh Salman al-Aodah
Url: http://www.islamtoday.com/showme2.cfm?cat_id=36&sub_cat_id=671
Ummah Muslim adalah sangat penting, mengambil berat dan membuahkan hasil. Ia masih mempunyai kesegaran dan mengekalkan kesegarannya. Dengan pertolongan Allah, ia berupaya mengatasi kekurangan-kekurangan yang melandanya setiap masa. Negara bangun dan jatuh. Personaliti datang dan pergi. Kerja-kerja, perancangan-perancangan dan projek-projek yang [...]
Difailkan dalam: Artikel Syeikh Salman al-Oadah | Leave a Comment »