Tentang Islamharini

Bismillah,

Laman ini memuatkan projek terjemahan artikel-artikel berbahasa Inggeris dari laman Islamtoday.com, terutamanya tulisan-tulisan Syiekh Salman al-Awdah. Objektif laman ini adalah untuk memberikan kemudahan bagi peminat-peminat ilmu Islam yang kurang/ tidak berkemampuan berbahasa Arab dan Inggeris untuk menikmati penulisan-penulisan dari barisan panel Islamtoday.com. Bagi yang fasih dengan dua bahasa tersebut (Arab dan Inggeris), adalah dinasihatkan untuk membaca karya dalam bahasa asalnya.

Laman ini tidak menggalakkan komen berbentuk pertanyaan terhadap artikel-artikel terjemahan. Ini kerana penterjemah hanya menterjemah dan tidak berkelayakan untuk menjawab persoalan-persoalan berkaitannya. Namun demikian, pembetulan terhadap terjemahan adalah dialu-alukan. Sekiranya ada yang berminat untuk menyumbang artikel terjemahan dari laman Islamtoday.com, ia juga dialu-alukan.

Artikel terjemahan di dalam laman ini boleh diambil dan disebar-luaskan untuk tujuan bukan komersial dengan syarat url asal disertakan samada di awal atau akhir artikel.

Penerbitan untuk tujuan komersial tidak dibenarkan.

Wassalam.

Satu Respons

  1. SYUKRAN

    ALLAHUMMANSURNA

    BARAKALLAHULAKUM

Tinggalkan jawapan