Saya telah memerhatikan bahawa kerapkali apabila seseorang itu telah berpuashati dengan pendapatnya sendiri dan meyakini bahawa pandangannya adalah benar, dia menyatakannya kepada orang lain seolah-olah pendapatnya itu adalah pandangan awam dan bukannya semata-mata pandangan peribadinya. Sikap ini adalah sikap yang salah.
Pertama sekali, bukan semua perkara yang dipersetujui oleh kebanyakan orang pada satu-satu masa dan tempat itu semestinya betul. Bahkan ada kebenaran tentang sesuatu itu jauh dari jangkauan kebanyakan orang dan sesiapa yang mendedahkannya dianggap oleh awam sebagai degil atau gila.
Kebanyakan orang tidak mempunyai kemampuan untuk menganalisa sesuatu perkara secara kritikal dan mengkaji sedalamnya sampai kepada tahap mereka boleh membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Kerapkalinya, kesimpulan mereka adalah berdasarkan kepada emosi-emosi, kepercayaan-kepercayaan, atau mungkin tanggapan-tanggapan yang mereka sendiri tidak pasti kebenarannya. Di dalam banyak kes, kebanyakan orang mengikuti pandangan orang ternama secara membuta tuli dan memandang pendapat itu sama pentingnya dengan orang yang mengeluarkan pendapat sehingga takut walaupun untuk berfikir untuk mengkritiknya.
Oleh itu, majoriti pandangan/ pendapat tidak berdasarkan kriteria ilmu. Ia tidak menunjukkan kebenaran atau kesalahan sesuatu pendapat.
Bagi sesiapa yang mengemukakan pendangan-pandangan peribadi mereka seolah-olah ia adalah pandangan majoriti melakukan satu lagi kesalahan serius apabila mereka mengaitkan orang lain dengan pendapat yang mereka tidak pegang. Adalah salah untuk seseorang berperanan seolah-olah dia adalah jurucakap bagi orang lain dan menganggap mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak mereka.
Cara yang boleh dilakukan untuk memastikan pendapat awam bagi sesebuah sektor dalam masyarakat atau lainnya adalah melalui kaedah-kaedah seperti peti undi. Sekiranya kaedah-kaedah ini dilaksanakan dengan sesuai dan dengan ketelusan, ia boleh memberi petanda yang tepat terhadap pendapat awam. Pemilihan Majlis Perbandaran di Arab Saudi sebagai contoh, memberhentikan semua spekulasi-spekulasi dan pertengkaran-pertengkaran di antara ahli masyarakat tentang apa yang sebenarnya dikehendaki oleh orang ramai. Kita tidak perlu ‘membaca’ makna keputusan pemilihan-pemilihan tersebut lebih dari apa yang telah putus, namun ia memberikan beberapa bukti yang tiada siapa boleh abaikan.
Cara lain untuk mendapatkan pandangan orang ramai adalah melalui pengundian-pengundian dan tinjauan-tinjauan yang focus terhadap isu-isu spesifik. Ia boleh memberikan maklumat yang tepat asalkan ia dipersembahkan dengan sesuai dan mendapat tindakbalas yang baik dari masyarakat yang dinilai.
Selain dari kaedah-kaedah tersebut, kita tidak boleh menjadi suara yang paling lantang atau yang paling riuh mewakili pendapat orang ramai. Perkara yang sama boleh dikatakan untuk media-media berita, yang tak semestinya mewakili pendapat orang ramai, terutamanya bila media hanya bercakap bagi pihak orang-orang yang di belakang mereka. Apabila forum ditubuhkan untuk membenarkan orang menyuarakan pendapat-pendapat, situasi akan lebih dekat kepada perhatian umum, walaupun pengalaman menunjukkan kepada kita bahawa media masih mempunyai pengaruh yang tinggi. Pengarah-pengarah urusan yang licik tahu bagaimana untuk memberikan margin-margin tertentu kepada pendapat-pendapat yang bertentangan dari penyertaan-penyertaan awam, namun mereka juga tahu batas-batasnya agar agensi media terus mendapat keputusan yang berat sebelah kepada pendapat mereka sendiri.
Media-media hebahan, surat-surat khabar dan laman-laman Internet menyuarakan pandangan-pandangan mereka yang memiliki, mengendalikan dan mempunyai pengaruh terhadapnya lebih dari apa yang mereka hebahkan kepada para pembaca dan orang ramai. Ya, mereka perlu mengambilkira pandangan-pandangan dan sikap-sikap audien mereka jika mereka hendak mengekalkan rating yang tinngi. Ini dapat diperhatikan melalui rekabentuk dan persembahan material dan sebanyakmana penekanan terhadap sesuatu isu itu. Pembaca dan penonton mempunyai pangaruh pada media pada hal-hal seperti itu, namun mereka lebih banyak dipengaruhi dari mempengaruhi.
Pendapat awam boleh dikenalpasti dengan meminta pandangan orang awam dengan cara yang jelas dan menyeluruh, seperti yang telah dilaksanakan berkenaan dengan penubuhan Komuniti Eropah (EU). Di bawah keadaan-keadaan tersebut adalah mungkin untuk mengatakan bahawa orang-orang di Negara itu dan ini sememangnya menyokong atau membantah polisi-polisi tertentu. Ini memerlukan survey dilaksanakan dalam cara yang jelas dan terbuka serta tiada kemungkinan berlakunya penipuan.
Kita perlu juga menyatakan bahawa banyak laman-laman web mempunyai sistem pengundian untuk pengunjung-pengunjungnya. Walaubagaimanapun, pengundian-pengundian ini boleh disalahgunakan dengan mudah. Tidaklah sukar untuk seseorang itu untuk memasuki sistem tersebut dan mengundi beribu undi dari komputer peribadinya.
Pendekatan seimbang yang boleh digunakan oleh para penceramah dan penulis – tidak kira betapa yakin dia terhadap pendapatnya sendiri – adalah untuk mengelakkan daripada mendakwa bahawa pandangan-pandangannya adalah pandangan orang awam lain dan mengelakkan seolah-olah bercakap bagi pihak mereka, kecuali hanya jika dia mempunyai bukti yang kukuh bahawa ia benar-benar pendapat umum.
Perintah keobjektivitian dan perlakuan awam memerlukan supaya kita belajar bagaimana untuk mengutarakan pendapat-pendapat kita dengan cara yang seimbang, secara jelas dan jujur, mempersembahkannya sebagai pendapat kita sendiri yang kita pegang tanpa mengaitkan orang lain kepada pendapat tersebut, kecuali orang-orang lain tersebut menyatakan perkara yang sama.
Sekiranya 10 pengarang meyakini beberapa pandangan menulis, menerbitkan dan berucap kepada awam tentang pandangan-pandangan mereka, mereka dengan mudahnya memberikan tanggapan kepada seseorang yang tidak berinteraksi dengan masyarakat bahawa pandangan mereka mewakili keseluruhan masyarakat. Walaubagaimanapun, jika orang seseorang itu bercampur dengan orang ramai, dia mungkin mendapati kebenaran adalah sebaliknya.
Islam mengajar kita untuk memeriksa fakta-fakta dan mengelakkan dari mengaitkan kata-kata kepada orang lain. Allah Berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” [Surah al-Hujurât: 6]
Allah juga berfirman: “Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata.” [Sûrah al-Ahzâb: 58]
Rasulullah SAW bersabda: “Cukuplah seseorang itu menjadi pendusta apabila dia mengulangi semua yang dia dengar.”
Terjemahan dari artikel di Islamtoday.com bertajuk; That’s what everyone thinks!
Difailkan dalam: Artikel Syeikh Salman al-Oadah